Profil Si Musafir

Evelyn Tan Hwee Yong berkecimpung dalam dunia penulisan dan penterjemahan buku-buku sejak muda. Sekalipun dia menghadapi pelbagai cabaran dan badai untuk menggapai panggilan ini, semangatnya tetap membara.

____ Pelayanan yang paling mencabar bagi Evelyn memang penterjemahan Alkitab Kudus Malaysia bagi Bible Society Malaysia. Pada musim ini, dia bagai mendaki gunung dan bertempuh dengan salji dan angin ganas. Rakan sekerjanya, Stemmah Suriau, dipanggil ke Allah Bapa sesudah menyelesaikan draft pertama Perjanjian Baharu bersama Evelyn. Sewaktu melanjutkan perjalanan menterjemah Alkitab ini, Covid merundungi sejagat.

____Evelyn juga sering melintasi denominasi dalam pelayanan dan giat mengajar di sekolah-sekolah Alkitab, Sekolah Lanjutan Teologi, dan Sekolah Alkitab Malam. Selama bertahun-tahun, dia giat melatih guru-guru sekolah minggu dan membekalkan guru-guru sekolah minggu dengan buku-buku.

____Dia juga menjabat sebagai pensyarah di Universiti tempatan seperti Universiti Lim Kok Wing, Universiti KDU, dan Universiti SEGI. Dia juga pengasas Persatuan Kristian mahasiswa di Universiti Lim Kok Wing, dan pernah giat melayani mahasiswa dari negara Cina. Selain itu, dia juga pernah menjadi pensyarah sambilan di BCM, MBS, STM, dan SIB.

____Dia berkelulusan Master ESL (UIA), Master of Arts in Theology (SAAT, Malang), Postgraduate Diploma of Translation (University Malaya) dan juga mengikuti Dr. Ministry di STM.

pic08

Motto

Mencungkil bakat-bakat menulis, menyalakan iman musafir Kristian, dan melayani bersama-sama dalam dunia penulisan.

 

Visi dan Misi Si Musafir

a.   Mencungkil bakat-bakat menulis dalam kalangan orang Kristian supaya iman kita selalu menyala-nyala dan bersemarak di Malaysia

b.  Melayani gereja-gereja dengan buku-buku Kristian yang bermutu sehingga iman kepercayaan jemaah Kristian berakar dan berbuah

c.   Memberi  buku-buku E yang percuma selain daripada buku-buku yang berpatutan harga

d.  Menyediakan lebih banyak buku Teologi, Pendidikan Kristian, Etika bagi gereja-gereja daripada pelbagai penulis.

e.  Laman penulisan yang dapat menolong umat Kristian lebih berakar dalam iman, bertumbuh dan berakar lebat. 

pic09
pic10
pic11

Pengakuan Iman Pusaka Musafir Kristian (Upstream Publishing)

Syahadat Para Rasul

Aku percaya akan Allah,
Bapa yang Maha Kuasa,
Pencipta langit dan bumi;
dan akan Yesus Kristius,
Putra-Nya yang tunggal, Tuhan kita,
yang dikandung daripada Roh Kudus,
dilahir oleh Maria;
yang menderita sengsara
dibawah pemerintahan Pontius Pilatus
disalibkan, Wafat dan dimakamakan;
turun ke dalam kerajaan maut
pada hari yang ketiga bangkit daripada kalangan orang mati;
naik ke syurga,
duduk di sebelah kanan Allah Bapa
yang Maha Kuasa;
dari sana Dia akan datang
untuk menghakimi orang yang hidup dan yang mati.
Aku percaya kepada Roh Kudus,
Gereja yang kudus,
persekutuan orang kudus,
pengampunan dosa,
kebangkitan badan,

Buku-buku ini boleh dimuat turun tetapi tidak boleh diterbit semula atau dijual semula. Hakcipta © 2021 Upstream Publishing.
All rights reserved.