Penerbitan

Buku-buku ini boleh dimuat turun dalam format PDF, tetapi tidak boleh diterbit lagi.

Pelan Induk Penginjilan

telah menolong orang Kristian dalam tugas mereka untuk menjangkau jiwa-jiwa yang sesat untuk Kristus lebih dari dua puluh tahun. Lebih dari 900,000 naksah dijual ke seluruh dunia. Dalam buku ini, Dr. Robert E. Coleman menyelidiki pelayanan Yesus Kristus dan menunjukkan anda strategi-strategi yang dipakai-Nya. Dengan mengikut
corak yang disediakan oleh Kristus dan para pengikut-Nya, anda akan menjadi lebih berkesan sewaktu Tuhan memakai anda untuk menyebar kuasa injil yang dapat mengubah hidup. Dengan buku panduan yang disediakan oleh Dr. Roy Fish yang terlengkap dalam buku ini, edisi yang baharu ini sangat berguna untuk pengajian peribadi mahupun utnuk mengajar kelas penginjilan.

Untuk muat turun, klik pada kulit buku.

Sebutir Benih Batak Datang Ke Tapah

Riwayat singkat ini bermaksud untuk memberi ilham kepada umat Kristian ketika membaca bagaimana seorang insan sederhana dari Sumatera sanggup menginjili dan melayani Orang Semai sehingga akhir riwayatnya. Bah Guruk seperti Rasul Paulus dalam menghadapi rintangan dan cabaran pelayanan. “Dalam segala hal kami ditindas, namun tidak terjepit; kami habis akal, namun tidak putus asa; kami dianiaya, namun tidak ditinggalkan sendirian, kami dihempaskan, namun tidak binasa”
(2 Korintus 4:8-9).

Untuk muat turun, klik pada kulit buku.

Suara Para Nabi

Para nabi masih berfirman kepada masyarakat kita pada zaman ini. Buku ini memberi contoh-contoh semasa untuk menolong kita memahami bagaimana suara nabi masih penting untuk kehidupan yang kudus dan adil. Biarlah para nabi menegur dan menyedari kita untuk selalu menurut firman Tuhan dengan setia, dan janganlah menyimpang daripada perintah-Nya pada setiap musim.

Untuk muat turun, klik pada kulit buku.
Bebunga Eden
Buku ini memuat 365 renungan yang menolong wanita memetik bebunga harum dari taman firman Tuhan. Bagai burung kelicap, wanita digalakkan untuk menikmati firman Tuhan agar batin mereka bertambah indah dan sungai kerohanian mengalir terus. Sajak-sajak indah yang mengiringi renungan memberi ilham untuk lebih mendekati Tuhan lagi.

Untuk muat turun, klik pada kulit buku.
Yehezkiel
Suatu pentafsiran tentang bagaimana kemuliaan Tuhan menembusi kegelapan. Buku ini sungguh penting bagi kita khususnnya di zaman yang bergelora, kebenaran Tuhan perlu menyinari kita. Tafsiran perumpamaan, alegori dan visi Yehezkiel ditafsirkan dengan hidup.

Untuk muat turun, klik pada kulit buku.
Embun Pagi
Renungan pagi yang ditulis dengan cerita yang mencuit hati serta mentafsir firman Tuhan dengan cara yang unik. Buku ini memperbaharui jiwa yang haus akan Tuhan dan membawa mereka lebih dekat kepada Tuhan.

Untuk muat turun, klik pada kulit buku.
Bayu Pengharapan
Buku yang memberi sauh kukuh ketika anda dilandai badai luarbiasa. Buku ini bertujuan membawa pembaca yang menghadapi penderitaan untuk lebih dekat kepada Tuhan lagi. Bayu Pengharapan memberi pengharapan, penyembuhan dan pemulihan kepada jiwa dan membentuk anak-anak Tuhan untuk bertumbuh dalam kedewasaan.

Untuk muat turun, klik pada kulit buku.
Mutiara-Mutiara Terindah
Buku renungan bagi wanita yang ditulis dengan cerita-cerita yang menarik yang dihadapi oleh para wanita. Berilah mutiara dari firman Tuhan kepada kawan-kawan atau orang yang disayangi.

Untuk muat turun, klik pada kulit buku.
Arus-Arus Keremajaan
Buku Arus-Arus Keremajaan ditulis pada tahun 1992 khusus untuk membimbing para remaja pada waktu mereka mengalami peralihan ke kedewasaan. Peralihan ini menyebabkan para remaja terpaksa mengalami penyesuaian dengan perubahan hidup. Penyesuaian ini juga menuntut pengertian dan pemahaman yang lebih matang daripada remaja, dan buku ini boleh menjadi panduan mereka. Perasaan marah, tekanan emosi, perasaan yang tidak stabil, dan perasaan kecewa boleh mewarni dunia remaja hinggakan nasihat perlu selalu diberikan supaya mereka bertumbuh sihat.

Untuk muat turun, klik pada kulit buku.
Jadikan Aku Murid-Mu
Harga kasih dan kasih karunia Allah teramat mahal, ya, nyawa Anka-Nya, Tuhan Yesus. Nescaya, sesiapa yang sudah memperoleh kasih karunia Allah yang teramat mahal ini tidak akan membalasnya dengan yang murahan sahaja-secebis diri atau setitis simpati kita. Sebaliknya, sebagai murid Tuhan Yesus, kita siap dibentuk dan bersedia bertumbuh sehingga berbuah lebat. Juga, orang yang ikhlas dengan pelayanan pemuridan selalu bermula dengan kerinduan, “Jadiakn Aku Murid-Mu.” Buku ini menyulam pelbagai sudut pembentukan kerohanian seorang murid-Nya secara Alkitabiah dengan benang-benang contoh-contoh semasa.

Untuk muat turun, klik pada kulit buku.
2 Timotius
Pemuridan merupakan satu langkah yang penting dalam gereja. Rasul Paulus sudah meletakkan satu contoh bagi kita. Buku ini berguna untuk melahirkan lebih banyak murid bagi kerajaan Allah yang cekap mengajar dan memuridkan orang lain.

Untuk muat turun, klik pada kulit buku.
Sifat-Sifat Tuhan
Sifat-sifat Tuhan perlu difahami dengan lebih mendalam untuk meletakkan asas-asas Alkitabiah dalam kehidupan seorang Kristian. Buku ini berguna bagi pemimpin yang ingin membimbing murid-murid untuk mengenal sifat-sifat Tuhan.

Untuk muat turun, klik pada kulit buku.
Mengajar Untuk Transformasi
Buku ini mencanangkan bahawa hanya pendidikan Kristian dapat membawa perubahan kerana firman Tuhan yang hidup. Buku ini tiga ratus lebih halaman dan memuat pelbagai teori pendidikan Kristian, strategi mengajar, gaya pembelajaran, bagaimana menyiapkan pelajaran, merancang kurikulum, mengajar anak-anak beribadat dan sebagainya.

Untuk muat turun, klik pada kulit buku.
Membawa Domba Kepada Sang Gembala
Ibu bapa dan guru-guru perlu mengetahui cara-cara menyampaikan Injil kepada anak-anak, dan memberi bimbingan yang lebih lanjut. Buku panduan ini penuh dengan gambar-gambar yang berwarna-warni untuk menolong seorang anak mengenal Tuhan.

Untuk muat turun, klik pada kulit buku.
Sauh Iman
Asas-asas doktrin yang perlu difahami oleh jemaah anda, Topik-topik penting termasuk pemeliharaan Tuhan, Kristologi—siapa diri Tuhan Yesus, keilahian-Nya, kebangkitan-Nya, kenaikan-Nya yang perlu direnungi dan dikaji dengan mendalam.

Untuk muat turun, klik pada kulit buku.
Yesus, Sahabatku yang Indah
Buku ini menolong ibu untuk membawa renungan bersama anak-anak mereka. Buku ini terdiri daripada 90 renungan bagi mengenal siapa Tuhan Yesus. Buku ini bermula dengan pendekatan yang menarik sebagai jalan masuk ke hati seorang anal.

Untuk muat turun, klik pada kulit buku.
Ciptaan Yang Indah
Buku yang mengajar tentang ciptaan kepada anak-anak pra-sekolah tetapi tujuan-Nya juga membawa anak mengenal Tuhan Yesus. Buku yang memuat soalan, kuiz dan gambar-gambar untuk diwarni.

Untuk muat turun, klik pada kulit buku.
Perkahwinan Hebat
Buku ini menolong mereka yang baik sudah berkahwin mahupun yang ingin berkahwin. Dr. Paul Steven dari Universiti Regent membawa anda untuk memahami maksud Tuhan dalam perkahwinan.

Untuk muat turun, klik pada kulit buku.
Pelita Untuk Kaki-kaki kecil
Pelita Bagi Kaki-Kai kecil merupakan cerita-cerita Alkitab yang dipilih untuk menolong anak-anak yang baru mahu membaca Alkitab. Firman Tuhan bagai pelita yang menyuluh kaki-kaki kecil agar berjalan bersama Allah. Soalan-soalan dan doa dituliskan dalam buku ini untuk menolong ibu bapa dan guru-guru mengajar. Yang asyik, anak-anak boleh mewarnai gambar-gambarnya sambil membawa cerita-cerita Alkitab!

Untuk muat turun, klik pada kulit buku.
Seruan Hati Kanak-Kanak
Pahlawan Doa Kanak-Kanak Malaysia. Mereka mengundang kehadiran Tuhan yang indah setiap saat dalam kehidupan mereka dan menulisnya dalam buku Seruan Hati Kanak-Kanak. Pada waktu mereka kesepian dan hanya ditemani bintang-bintang, bagai burung-burung kecil yang berkicauan dari sarang, mereka menyanyi tentang kasih setia Tuhan. Ketika fajar menyinsing, kanak-kanak ini melonjak bersama mentari dan memuji Tuhan. Doa merupakan nafas kehidupan mereka.

Untuk muat turun, klik pada kulit buku.
Kejadian sampai Abraham
Tahukah anda berapa banyak bintang yang bertaburan di langit ataupun pasir di pesisir pantai? Demikian juga, tahukah anda berapa jumlahnya anak-anak Abraham? Apakah makna sebalik perjanjian Allah kepada Abraham? Buku ini ditulis dengan matlamat untuk mengajar anak-anak bukan sekadar mengetahui ceritanya tetapi juga doktrin di sebaliknya.  Musim gelora melandai kita tetapi anak-anak Abraham akan berdiri teguh kerana mereka mengenal siapa Allah mereka.  Buku ini sesuai digunakan ibu bapa ataupun guru-guru sekolah minggu untuk mengajar lebih mendalam lagi.

Untuk muat turun, klik pada kulit buku.
Singa Yang Mengaum
‘Sungguh, Tuhan Allah tidak berbuat sesuatu tanpa menyatakan rahsia-Nya kepada hamba-hamba-Nya, para nabi. Singa telah mengaum, siapakah tidak takut?’

Maka sabdalah nabi Amos tentang kebenaran Allah kepada Israel yang kaya raya tetapi merosot dalam kehidupan mereka. Di tengah-tengah kemakmuran mereka, mereka telah melupakan Allah lantas mereka telah membawa kekejian kepada Nama-Nya. Allah tidak hanya bersabda dengan baik hati dan betapa lemah lembut; kini Dia mengaum melalui amaran-amaran Amos, yang bertujuan mendatangkan pertaubatan sebelum pengadilan dijatuhkan atas mereka.

Untuk muat turun, klik pada kulit buku.
Mabuk Sebelum Fajar Menyinsing
Tahukah anda bagaimana gereja-gereja Bahasa lahir di Malaysia Timur? Kasih melangkah ke suku Lun Bawang yang sering kemabukan dan mengubah hidup sehingga lahirlah umat Tuhan yang memuliakan-Nya di Malaysia. Suku Lun Bawang ini membawa Injil kepada suku-suku lain sehingga kini. Puji syukur kepada misionari-misionari dari Australia dan UK.

Untuk muat turun, klik pada kulit buku.

Perempuan, Itulah Namaku

Menggali Permata daripada Hidup Wanita dalam Alkitab

Untuk muat turun, klik pada kulit buku.

In Search of King Solomon
Untuk muat turun, klik pada kulit buku.

Journey with us as we study from a king who was blessed with peerless wisdom who acquired much wealth and fame, and then, realised that he would lose it all when he died. There is much to glean from his reflections as he comes to terms with the fleetingness of life and the importance of walking in obedience to the Lord.

Hidupku, Cerita-Nya

Hidupku, Cerita-Nya
(Insan biasa yang mengharungi pelayaran luarbiasa bersama Tuhan)

Untuk muat turun, klik pada kulit buku.

Obor Belia
Siri Obor terdiri daripada 25 buku yang menarik untuk menolong pastor dan pemimpin membimbing pemuda-pemudi dalam kehidupan mereka. Buku-buku ini menyediakan kaedah, ajaran Alkitabiah dan juga contoh-contoh yang berguna. Jawapannya juga tersedia bagi pemimbing. Untuk muat turun, klik pada kulit buku.

Meneroka Alkitab

Pernahkah anda berfikir tentang sebuah buku yang bernama Alkitab? Ia ditulis dalam tempoh masa selama 1,500 tahun bermula kira-kira dari 1,400 SM sehingga 100 M. Sudah lama masa berlalu namun ia masih menjadi buku yang paling dibaca pada hari ini. Beberapa bahagian tertentu dalam Alkitab telah diterjemah kepada lebih dari 3000 bahasa dan Alkitab yang lengkap telah diterjemahkan kepada lebih dari 700 bahasa. Apa yang membuatnya begitu menarik sehingga ia dikasihi oleh 2.2 bilion penganut Kristian dan dicaci oleh berjuta-juta orang. Mari bersama-sama dengan penyiasat kami Roy dan Jessica yang akan membawa anda kepada satu perjalanan untuk meneroka banyak aspek Alkitab: Dari manakah asalnya Alkitabnya, apakah negara-negara dalam Alkitab dan apakah kesan Alkitab kepada masyarakat moden. Apakah tema utama Alkitab di sebalik banyak ceritanya dan bagaimana anda boleh meneroka Alkitab untuk diri sendiri. Kami harap anda menikmati perjalanan ini.

Untuk muat turun, klik pada kulit buku. Buku ini diterbitkan oleh Pristine World Sdn. Bhd. Lawat di www.pristine-world.com

Unshamed to be Yours - English, Indonesian, Malayalam and Tamil versions of the 31-day devotionals.

English Version

Malayalam Version

Tamil Version

Indonesian Version

Buku-buku ini boleh dimuat turun tetapi tidak boleh diterbit semula atau dijual semula. Hakcipta © 2021 Upstream Publishing.
All rights reserved.